Thursday, July 23, 2009

Langkah-langkah untuk menarik kembali penganugerahan biasiswa.

1 Memberi surat amaran pertama jika yang berkaitan dengan kes salah laku
kategori sederhana berat atau berkaitan dengan kemerosotan pelajaran.
Surat tersebut hendaklah ditujukan kepada pelajar dan warisnya.

2 Memberi surat amaran terakhir jika penerima tidak menunjukkan
sebarang usaha positif setelah menerima surat amaran pertama.

3 Waris dipanggil ke sekolah dan diberi penerangan bahawa tindakan
menarik kembali biasiswa anaknya akan dibuat jika masih tiada
perubahan positif.

4 Surat permohonan untuk menarik kembali biasiswa dan menawarkan
kepada pelajar lain akan dihantar ke Jabatan Pendidikan.

5 Setelah diluluskan oleh Jabatan pendidikan maka barulah proses
tersebut boleh dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment