Thursday, July 23, 2009

PERATURAN-PERATURAN YANG PERLU DIPATUHI OLEH PEMEGANG

1 Masalah Penyelewengan wang biasiswa

a) Penggunaan wang biasiswa oleh pelajar untuk perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan pelajaran.

b) Penggunaan wang biasiswa oleh ibu bapa untuk tujuan yang tidak berkaitan dengan pelajaran anak-anaknya.

c) Pelajar hanya boleh menggunakan wang biasiswa untuk perkara-perkara yang
berkaitan dengan pelajaran sahaja. Harap maklum.

2 Masalah Displin/ salahlaku Pemegang Biasiswa

a) Semua pelajar adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan sekolah yang telah digariskan dalam buku panduan sekolah.

b) Pelajar yang dikenalpasti melanggar peraturan sekolah yang telah ditetapkan
akan di ambil tindakan ,samada
i- memberi nasihat
ii- memberi amaran pertama,kedua dan terakhir
iii- memanggil waris

3 Masalah Prestasi Akademik Pemegang Biasiswa

a) Ada pemegang biasiswa yang tidak menunjukkan apa-apa perubahan (tidak
meningkat ) dalam bidang akademik setelah mendapat biasiswa.

b) Pelajar didapati merosot dalam pelajaran akan diambil tindakan yang sesuai
atau menarik balik biasiswa mereka.

c) Pelajar boleh menggunakan wang biasiswa untuk membiayai kelas tambahan
atau tusyen untuk meningkatkan prestasi akademik.


4 Pengeluaran wang biasiswa

a) Pelajar hanya boleh mengeluarkan maksima wang biasiswa sebanyak RM150.00 sebulan untuk tujuan yang berkaitan dengan pelajaran.

b) Pelajar boleh mengeluarkan lebih daripada RM150.00 dengan syarat
menunjukkan resit pembelian kepada guru biasiswa untuk pengesahan.

d) Pelajar boleh mengeluarkan wang biasiswa mereka pada setiap hari Khamis sahaja
Harap maklum.

e) Pelajar yang ingin mengeluarkan wang biasiswa hendaklah mengisi Borang
BKP / 7

f) Pengeluaran adalah di depan Bilik guru.

g) Buku akaun hendaklah dihantar selewat-lewatnya seminggu setelah diambil.
Buku akaun yang lewat dihantar akan diambil tindakan.Pemegang biasiswa tidak berhak
menyimpan buku akaun selagi mereka masih menerima biasiswa.

5. Menarik kembali penganugerahan Biasiswa

1. Sebab-sebab yang membolehkan Jawatankuasa biasiswa menarik kembali
penganugerahan tersebut ialah kerana penerima biasiswa

1.1 Memberi maklumat yang tidak benar semasa mengisi Borang BKP/KP
Pin. 1/90

1.2 Tidak bersekolah di sekolah bantuan penuh kerajaan

1.3 Bertukar tempat persekolahan ke MRSM

1.4 Tidak menunjukkan minat untuk mempertingkatkan prestasi pelajarannya,
walaupun telah diberi nasihat dan amaran.

1.5 Melanggar peraturan sekolah ( kategori berat ) walaupun telah diberi
nasihat dan amaran.

1.6 Menyalahgunakan wang biasiswa walaupun telah diberi nasihat dan
amaran.

1.7 Sedang menerima biasiswa dari agensi/badan lain

1.8 Selalu ponteng sekolah tanpa alasan yang munasabah.

No comments:

Post a Comment