Thursday, July 23, 2009

PERMOHONAN UNTUK MENDAPAT BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN

1. Pelajar boleh mengisi borang permohonan BKP pada bulan Januari setiap tahun.
Borang tersebut boleh diperolehi daripada Guru-guru tingkatan dan guru biasiswa.

2. Borang yang telah lengkap diisi ,hendaklah diserahkan kepada guru tingkatan atau
kepada guru biasiswa pada tarikh yang telah ditetapkan.

3. Guru biasiswa akan memproses borang permohonan mengikut kriteria yang ditetapkan.

4. Pelajar yang berjaya akan dimakluman oleh guru biasiswa dan di kehendaki membuka buku Akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) dan serahkan kepada guru biasiswa .

5. Guru biasiswa akan mengemaskini data pemohon yang berjaya melalui program yang telah disediakan iaitu Program Acess.Disket yang telah lengkap akan dihantar kepada JPN
bahagian biasiswa untuk tujuan pembayaran kepada pemohon.

1 comment:

  1. salam,buat sesiapa yang membaca blog ini,saya puan salmah dr skudai jb.anak saya belajar disek mem tmn universiti jln pelajaran skudai.tujuan saya adalah ingin bertanya kenapa anak saya tidak berjaya mendapatkan biasiswa tersebut?sudah dua tahun beliau memohon dr ting 1 lagi.skrg beliau diting 2.adakah kerana anak saya pemegang kad oku yg tidak melayakkan beliau mendapat biasiswa tersebut.diperingkat sek cikgu britahu anak saya layak tetapi sampai diperingkat ppd tak berjaya!saya amat kecewa sebab yang layak dapat pd pandangan saya sesuatu yg tidak adil. sbb mereka dikalayangan yg teramat mampu.kenapa saya boleh berkata begitu mereka ialah kalangan jiran2 saya.berkereta baru ada yg 2 atau 3 biji kenderaan kat rumah.mampu bayar hutang kereta bermakna apa?mesti pendapatan melebihi pakaian mewah berjenama.saya ni cuma ada motor buruk sahaja.nak berhutang beli kereta nak bayar guna apa.gaji suami saya cukup2 je smpai gaji kekadang tak cukup bila motor buruk sya tu rosak dah kurang duit.lagi ada yg punya perniagaan yg baik ada kedai juga dapat biasiswa tu.nak kata pelajaran mereka bagus sangat tak juga sama je lebih kurang mcm anak sya sederhana.nak bantu siapa ni?org yg mampu ke org mcm saya ni.anak saya biasiswa tak dapat elaun oku pun tak ada.mana ya keadilannya.kemana kami ni nak minta bantuan.boleh tak beri jawapan ini untuk saya.cikgu britahu dia dah usaha utuk permohonan anak saya tapi itulah keputusan ditangan org lain yg tak nampak kesusahan kami apa dia boleh buat.

    ReplyDelete